THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday 20 March 2011

just for you,

mengenali awak,satu benda yang amat menggembirakan
kehadiran awak,membuka satu jalan untuk saya,
menjadi peneman,bahu untuk menangis,cerminan diri,
melepaskan kemarahan,merayu untuk dipujuk,
saya dijaga,ditegur,dimarahi,dipujuk
semua awak buat,
hanya untuk saya,
wwalaupun,awak sering menangis
dek kerana sikap saya yang kurang matang,
tapi,awak tetap mampu tersenyum,
untuk saya,
tapi,bila saat tiba,
perpisahan pasti berlaku,
kalau tidak diminta,ia tetap akan hadir,
waktu itu,saya sedar,
awak bukan milik saya selamanya,
awak ada dunia awak saya sendiri,
berbeza dengan saya,
walaupun hati kata tidak mahu,
ia tetap berlaku,
saat itu,saya lepaskan awak,
dengan harapan,
awak mampu terbang jauh,
hingga sampai destinasu awak,
tapi satu saya minta,
walau jauh mana sekalipun,walau dalam mana lautan,
walau tinggi mana gunung,
saya tetap diingatan awak,
walau selepas ini,
kita tidak seperti dahulu,
saya mohon,awak maafkan setiap kesalahan saya,
saya bersyukur sebab saya ditakdirkan berkawan dengan awak,
saya terima seadanya,keadaan selepas ini,
tidak perlu disamakan dengan keadaan dahulu,
tapi kasih sayang saya tetap sama,
tidak pernah berkurang,,

*pesan saya,
 jaga diri,
 kuatkan semangat,
 belajar rajin-rajin
 saya yakin awak boleh

with love,
ANNA

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...